percaya akan cinta?

cinta sesungguhnya sukar untuk di ungkapkan. sukar untuk ditunjukkan. sukar untuk dilakukan. tiada yang mampu kita lakukan untuk menunjukan rasa di dalam hati ini. terkadang di beri gelak tawa air mata pula yang mengalir. terkadang menangis didalam senyuman. hanya malam yang setia menemani hari-hari yang berlalu. 


hidup tanpa cinta rasanya tidak sempurna. sunyi tanpa orang yang disayangi. sunyi tanpa gelak tawa. sunyi tanpa melihat kelakuan. tetapi apabila mencintai, terlalu sukar untuk kita mengawal perasaan ini. menvintai memerlukan banyak pengorbanan. terlalu banyak hati yang harus kita jaga. terkadang terasa berat akan cinta, tapi tidak pernah penat mencuba untuk mencintai. cinta membuatkan kita hanyut didalam mimpi. cinta juga membuat kita terbuai mimpi lena di setiap tidur dan mengharapkan mimpi menjadi sebuah cerita di dalam hidup ini. 

cinta menguji hati kita. membuat kita jatuh dan bangkit. membuat kita kuat di setiap bangun. terkadang cinta juga membuat kita lalai. membuat kita lupa akan diri kita. membuat kita hanyut dibuai akan keindahan cinta yang datang hanya sementara. cinta membuat kita lupa akan segalanya. 


siapa kata cinta itu buta? seandainya cinta itu buta, mengapa kita memilih untuk bercinta? mengapa kita memilih dia menjadi pemilik hati ini? ini kerana lahirnya rasa ingin dekat. rasa ingin memiliki dan rasa ingin bersama. rasa ingin melakukan segalanya bersama. seperti mana cerita novel yang lain. ingin merealisasikan impian cinta yang terbuku di dalam hati. 


percayalah cinta ini wujud tapi dengan siapa kita berkongsi rasa itu? tidak semestinya kita memiliki seseorang itu, kita mampu memberikan segalanya. terkadang kepercayaan adalah yang paling sukar untuk diberikan. kesetiaan yang diragui. 



selamat malam. selamat membaca. 

Comments

Popular posts from this blog

Felt polyester and felt acrylic

ALPHABET BEADS

Pemborong felt